PENDANG: Isu membabitkan pengguguran Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas yang berkuatkuasa Khamis lalu, tidak menjejaskan persiapan parti itu dalam menghadapi Pilihanraya Negeri (PRN) Johor, Mac depan.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Awang Hashim menjelaskan, parti itu telah melakukan persiapan awal termasuk strategi yang akan digunakan dalam berdepan PRN itu nanti namun menyatakan bahawa ianya tidak boleh didedahkan kepada umum.
"(Isu pengguguran itu) tidak memberi kesan apa-apa (kepada persiapan Pas) dan apabila masuk PRN, PRU atau PRK, semua parti yang mahu masuk, sudah tentu bersedia, cuma bila kita sebut persediaan jadi (ia libatkan) strategi, apabila strategi kita maklum (akan) buat ini, buat itu, itu bukan (lagi satu) strategi, itu sudah tragedi.
"(Sudah tentu) kita (Pas) ada strategi (yang akan digunakan dalam PRN Johor tetapi) tidak boleh 'mention here', sebab strategi kalau mention bukan strategi, Pas pun kata nak masuk (PRN), tentu ada calon (dari parti) Pas," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penganugerahan Sijil Program EmpowerNCER di Dewan Cenderawasih, Pendang pada Sabtu.
Terdahulu, Khairuddin sah digugurkan daripada jawatan Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas berkuat kuasa Khamis.
Pengguguran bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas itu disahkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan telah diputuskan dalam mesyuarat Pas Pusat pada Rabu berikutan masalah disiplin.
Abdul Hadi juga turut menjelaskan bahawa Pas sudah mempunyai anggaran kerusi yang akan ditandingi menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac nanti.
Menurut beliau, pihaknya bagaimanapun akan mendapatkan perincian lanjut daripada Pas Johor sebelum penilaian dilakukan.
Abd Hadi Che Awang
Sat Feb 12 2022
Awang menjelaskan, parti itu telah melakukan persiapan awal termasuk strategi yang akan digunakan dalam berdepan PRN itu nanti namun menyatakan bahawa ianya tidak boleh didedahkan kepada umum. - Gambar fail
Kerosakan infrastruktur telekomunikasi: Syarikat pemaju didenda RM60,000
Syarikat Monarch Lodge Development didenda RM60,000 kerana didapati merosakkan kemudahan rangkaian milik Telekom Malaysia Bhd (TM).
[INFOGRAFIK] Statistik Guna Tenaga 2024
Berikut adalah info nerkenaan dengan Statistik Guna Tenaga bagi tahun 2024.
Amerika kenakan tarif sehingga 100% pada EV, panel solar, semikonduktor China
SEPERTI yang telah dijangka Amerika Syarikat meningkatkan tarif import beberapa produk keluaran China.
Kementerian Komunikasi utamakan artis veteran dalam penganjuran majlis, program - Fahmi
Artis veteran akan menjadi keutamaan dalam majlis atau program Kementerian Komunikasi bagi membuat persembahan.
Siti Nurul Masyitah terlepas peluang ke kejohanan dunia
Timbalan Menteri Belia & Sukan, Adam Adli memaklumkan atlet kayak negara, Siti Nurul Masyitah yang dilanggar pemandu mabuk, terlepas peluang ke Kejohanan Dunia Perahu Naga di Filipina November depan.
Pantau Belanjawan: Akta - Kepentingan pembeli, pemaju dan pemilik tanah dilindungi?
Akta Pembangunan Hartanah bagi Semenanjung Malaysia dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming. Apakah realiti sektor hartanah di Malaysia dan bagaimana pelaksanaan Akta ini dapat melindungi kepentingan pembeli, pemaju dan pemilik tanah? Kupasan lanjut bersama Pengasas Pejuang Hartanah, Ahyat Ishak.
Representasi 'Inspektor Sheila" batal pertuduhan sebabkan kegusaran awam ditolak
Representasi dikemukakan 'Inspektor Sheila' bagi membatalkan pertuduhan menyebabkan kegusaran awam ditolak pihak pendakwaan.
Laporan KRI: Purata gaji rakyat Malaysia hanya naik RM56 setahun antara 2010-2019
Pasaran buruh Malaysia menunjukkan corak struktur pertumbuhan gaji jelas ditindas tanpa campur tangan dasar yang kukuh.
AWANI Ringkas: Pesawat Garuda mendarat cemas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
China mempunyai kapal perang direka khusus angkut dron
Rekod negara pertama yang mempunyai kapal yang direka khusus untuk dron dipegang oleh China.
PRN Johor: Isu pengguguran Khairuddin tidak jejas persiapan Pas - Awang
Pas telah melakukan persiapan awal termasuk strategi yang akan digunakan dalam berdepan PRN itu nanti namun menyatakan bahawa ianya tidak boleh didedahkan kepada umum.
Dakwaan skandal 'Watergate' baharu libatkan Mohd Khairuddin tidak benar - LGM
LGM bertegas keputusan bagi pajakan Lot 20013, dan penjualan Lot 20012, masih belum diputuskan Lembaga Pengarah
Kuarantin: Menteri tidak terkecuali - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan mengambil tindakan sewajarnya.
Eksport minyak sawit turun 41.7 peratus sepanjang PKP
Prestasi keseluruhan eksport produk sawit sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April, 2020 mencatatkan penurunan signifikan 34.8 peratus atau 793,257 tan.